Monday, May 18, 2009

FIRST EDITION

ASSALAMUALAIKUM W R T.... DAN SALAM SEJAHTERA RAKAN-RAKAN SEKALIAN...

Pertama-tamanya..ruangan blog ini disediakan adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan terutamanya rakan-rakan ham di seluruh Malaysia berkenaan Penerbitan Callbook 2009 ini.

Callbook ini akan diterbitkan oleh Koperasi kita seperti yang semua maklum KOPERASI RADIO AMATUR MALAYSIA BERHAD. Ini merupakan produk pertama yang akan kita hasilkan.

Sememangnya sudah ada Callbook secara online yang banyak boleh diperolehi daripada internet namun penerbitan ini lebih berbentuk kenang-kenangan untuk disimpan oleh rakan-rakan khasnya mereka yang jarang melayari internet.

Callbook ini akan dijual kepada semua yang berminat untuk memperolehinya dan sememangnya kepada Ahli Koperasi, harga yang ditawarkan adalah lebih istimewa. Jadi kepada yang belum menjadi Ahli bolehlah berbuat demikian dengan melayari www.k-ramat.blogspot.com.


Secara umumnya isi kandungan Callbook ini adalah seperti di bawah:-

1. Sekapur Sirih dan Kata-kata Aluan
- Kata Aluan daripada Menteri, Pengarah SKMM,Pengerusi Koperasi dan Editorial
- Senarai Editorial
2. Pengenalan Penubuhan Koperasi Radio Amatur Malaysia Berhad
- Sejarah penubuhan
- Senarai Ahli Lembaga Koperasi
- Maklumat Ringkas Koperasi
3. Pengenalan kepada Kelab dan Persatuan yang ada di Malaysia
- Terbuka kepada semua Kelab dan Persatuan yang berdaftar di Malaysia.
4. Senarai Pemegang Lesen Amatur (9m dan 9w)
- Senarai termasuk Nama, Callsign, Alamat, Nombor Telefon dan Email
(seperti yang ada di senarai Editorial)
5. Iklan kepada pihak yang berminat
- Terbuka kepada semua tidak kira sama ada rakan ham ataupun tidak
6. Autograf

Itulah serba ringkas tentang Penerbitan Callbook Edisi Pertama ini. Diharap rakan-rakan dapat memberi sokongan kepada penerbitan ini terutama dari segi maklumat terkini yang dinyatakan di atas. Rakan boleh mengemaskini dengan berbagai cara sama ada melalui sms, telefon ataupun di kaunter Koperasi yang dibuka dari masa ke semasa.

Untuk keterangan lanjut boleh lah menghubungi saya 9W2JSJ di talian 012 297 2307 atau Ahli Lembaga Koperasi yang lain.

Wassalam.